Subscribe:

Pages

Tuesday, 18 September 2012

ANUGERAH PIBG CEMERLANG


ANUGERAH PIBG 
CEMERLANG

Tahniah kepada semua warga SMK DMS  kerana telah melayakkan 
diri dalam pertandingan anugerah PIBG Cemerlang

 Anugerah PIBG Cemerlang 2012
Pada:  8 Februari 2012Peringkat Daerah Seremban
Hadiah : Plak dan wang saguhati RM1000.

'PIBG SMK Dato’ Mohd Said telah mendapat tempat pertama bagi Daerah Seremban. Anugerah PIBG Cemerlang 2011'


PIBG SMK Dato’ Mohd Said yang mewakili Daerah Seremban telah mendapat tempat pertama .                 Hadiah : Plak dan wang saguhati RM3000.


Peringkat Negeri
Pada:  23 Februari 2012

·  Pemantauan terhadap segala aktiviti-aktiviti usahasama PIBG yang telah didokumentasikan 
   dan sistem fail pengurusan PIBG.
·  Pemantauan kawasan sentuhan usahasama PIBG
·  Pemantauan berdasarkan instrumen penilaian yang telah ditetapkan oleh pihak 
   Kementerian Pelajaran.         

Anugerah PIBG Cemerlang 2012

Peringkat Kebangsaan
Pada :  29 Februari 2012
Tempat : Balai Gadang, JPN Seremban 

-Persembahan dalam bentuk ‘Power Point’ di hadapan Dato’ Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan
     -Persembahan tentang segala aktiviti-aktiviti usahasama PIBG yang telah  didokumentasikan dan  sistem fail pengurusan PIBG serta impak-impak pada sekolah 
      
       Wakil :   1) Pn Hjh Aziza Bt Abdul Aziz (Ex-Officio)
               2) Datin Fiona Livera Tennakoon (Pembentang)
               3) Pn Narina Nissya Bt Yaaaman (S/U PIBG)
               4) Pn Roselynza Bt Mohd Salleh (JK Dokumentasi)

Sekolah berjaya menjadi calon bagi kategori sekolah harian bandar wakil Negeri Sembilan

Wednesday, 9 November 2011

annual dinner 2011

 Majlis Jalinan Kasih atau dengan kata lain majis makan malam SMK DMS diadakan di Bayu Beach Resort, Port Dickson. Warga SMK DMS telah dijemput hadir bersama ahli keluarga. Pada sebelah petang sebelum majlis makan malam, acara sukaneka diadakan iaitu pada pukul 3.30 petang. Pada pukul 5.30 petang pula, semua guru disediakan hidangan ringan sebagai tea break. Pada pukul 8.30 malam, barulah bermulanya majlis makan malam. Pertandingan peragaan fesyen kanak-kanak adalah salah satu acara pencuci mata kepada hadirin. Selepas itu, hadirin dijamu makanan yang enak sebagai juadah makan malam. Untuk kemuncak makan malam tersebut, hadiah diberikan berdasarkan beberapa kategori yang telah ditetapkan. Majlis bersurai pada pukul 12 malam.
jamuan makan malam
barisan AJK yang dedikasi

sukaneka untuk kanak-kanak

Wednesday, 27 July 2011

Pelancaran Laman Web& Minggu Promosi PSS

Berbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang Minggu Promosi PSS.Berikut adalah antara aktiviti untuk paparan semua.


                         Pameran  dan jualan Buku diadakan di Dewan Sekolah, Sambutan sangat    
                      menggalakkan.Gembira  melihat warga SMKDMS mempunyai budaya membaca .
                                                       Majlis Pelancaran Laman Web



Lawatan pelajar SJKT Nilai ke Pusat Akses Sekolah dan Perpustakaan.

Thursday, 21 July 2011

TOKOH-TOKOH NILAM JUN 2011

SYABAS KEPADA TOKOH-TOKOH NILAM JUN 2011 MENGIKUT TINGKATAN .
1. Nurul Aina Shazilah Bt Shaharuddin (80 buah buku ) -1E
2. Tamilselvam A/L Balasubramaniam (211 buah buku) -2D
3. Chia Kai Swan                               (335 buah buku) - 3E
4. Chew Chun Fai                              (439 buah buku) -4D
5. Thiviya Vhishalini A/P Rajasegaran (803 buah buku)- 5E

Para pelajar tolong ambil peluang untuk menggondol anugerah Nilam sepanjang anda belajar di SMK Dato' Mohd Said.
Berikut adalah tahap-tahap Pencapaian Nilam bagi peringkat Sekolah Menengah.
1. Anugerah Gangsa- (72-143 buah buku)
2. Anugerah Perak  - (144-215 buah buku)
3. Anugerah Emas  - (216-287 buah buku)
4. Anugerah Nilam- ( melebihi 288 buah buku)

Cikgu pasti pelajar-pelajar SMKDMS yang rajin dapat menggondol Anugerah Nilam .Rajin-rajinlah berkunjung ke Perpustakaan dan mengisi buku Nilam anda.

Wednesday, 20 July 2011

PELAJAR-PELAJAR YANG BERJAYA TEMUDUGA PENGAWAS PERCUBAAN PSS 2011

Berikut adalah senarai nama pelajar yang telah lulus temuduga Pengawas Percubaan PSS 2011
PELAJAR-PELAJAR YANG BERJAYA TEMUDUGA PENGAWAS PERCUBAAN PSS 2011

Berikut adalah senarai nama pelajar yang telah lulus temuduga Pengawas Percubaan PSS 2011

1. Nur Asfa Diana Bt Abas                  3I     2. Loh Hoh Yan                         2E
3. Mohd Zaidi B Kamalzaman             3R    4. Haziq Al-lil  b Jamal Alil          3I
5. Urmila A/P  Devan                          3K    6. Yuvanesh A/L Ramesh           1A
7. Zul Ahmad Zaim B Zulkifli               4A    8. Wan Amirul Syazayyani          2A
9. Shameenee A/P Markandan            4P    10. Visaalashi A/P Kalaivanan     2I
11.Shankary A/P Varatharajoo            2I      12. Chong Xin Yeh                   1D
13. Surenthiran A/L Paramasivam        3K    14. Nurul Nadirah Bt Shamsul Nazri 4P
15. Nurul Saidatul Nadiah Bt Shamsuddin 2E 16. Ashwini A/P Murugesan    2E
17. Tan Hui Min                                 2D     18. Ariana                                2D
19. Hariprasat                                    1K     20. Sharul Sharma                    1D
21. Divaakaran a/L Shanmugam         1E      22. Mohd riduan B Hamdan     3K
23. Muhammad Shahrul B Zul Khard 3P      24. Mohd Alif Aiman B Anuar  3P
25. Thanusha a/P Arumugam             1A      26. Arwin A/L Murugiah          2P
27. Poovarasan A/L Avadiyar           2P       28. Then mugilan A/L Pandian 1E
29. Maizatul Aqira Bt Ishak              4E        30. Maria                               2D
31. Tee Hui Jin                                 2D       32. Chai Jing Pei                     1D
33. Ng Jia Fei                                  1E        34. Thivya Krishnan                1KRK
35. Thivya Dharshini  A/P Shanmugam 4E

Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang terpilih.Diharapkan semua pelajar dapat menunjukkan komitmen tinggi dalam menjadikan PSS SMKDMS Cemerlang dan Terbilang.
Semua pelajar yang disenaraikan dikehendaki menghadiri Taklimat dan Kursus PSS di kelas 4P pada 27/7/2011 pada pukul 7.30 pagi. Harap maklum.

Tuesday, 19 July 2011

Majlis Pelancaran Laman Web SMKDMS dan Minggu Promosi PSS



Majlis Pelancaran Laman Web SMKDMS dan Minggu Promosi PSS telah diadakan di Dewan SMKDMS pada 4.5.2011.Majlis ini bertujuan untuk melancarkan Laman Web sekolah di samping mempromosikan Pusat Sumber Sekolah kepada warga sekolah dan komuniti. Majlis Pelancaran  Laman Web SMKDMS telah dirasmikan oleh YDP PIBG Tn Hj Jamaludin B Jasit. Ahli-ahli PIBG, wakil-wakil Komuniti,wakil -wakil  guru  dari SK Nilai, SK Kuo Min, para pelajar SK Nilai telah memeriahkan majlis tersebut. Selepas
Majlis Pelancaran Laman Web , para jemputan telah dibawa melawat Pusat Akses sekolah. Sepanjang Minggu  Promosi PSS yang berlangsung sehingga 11.5,2011,  berbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan untuk mempromosikan Pusat Sumber Sekolah .Antaranya Pertandingan Karoake, Menulis komik, pertandingan Congkak dan Dam Haji, Kuiz-kuiz Taman Sumber, Jualan dan kuiz Buletin PSS,Pertandingan Power Point, Pertandingan Pusat Sumber Dalam Kelas dan Pameran Buku. Pihak sekolah sangat berharap warga komuniti dapat menjadikan Pusat Akses sekolah sebagai sumber rujukan  ilmu.

Mesyuarat PIBG ke 35

Majlis Anugerah Kecemerlangan   dan Mesyuarat PIBG kali ke 35 SMKDMS telah berlangsung pada 26.3.2011 di Dewan Seri Muhibah.Ianya dipengerusikan oleh Yang Dipetua PIBG, Tn Hj Jamaluddin B Jasit dan dihadiri oleh guru-guru dan ibu bapa pelajar-pelajar SMKDMS.Ianya merupakan majlis tahunan untuk meraikan kecemerlangan  para pelajar dalam peringkat sekolah dan Peperiksaan Awam seperti PMR,SPM dan STPM di samping merungkai pelbagai permasalahan untuk membentuk kecemerlangan para  pelajar menerusi perjumpaan ibu bapa dan guru.Antara agenda yang dibentangkan dalam mesyuarat tersebut adalah pembentangan laporan kewangan, pembubaran Ahli Jawatankuasa 2009/2010 dan perlantikan Ahli Jawatankuasa sesi 2011/2013 serta pembentangan usul ibu bapa dan usul guru. Majlis telah dirasmikan oleh Dato' Velmurugan A/L Suppiah iaitu Pengarah Urusan Global Cargo Service Sdn.Bhd. Dato' Velmurugan telah menderma sebanyak RM11,111,11 kepada SMKDMS.Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Dato' Velmurugan dan keluarga.Semoga rezeki SMKDMS terus melimpah ruah.