Majlis Jalinan Kasih atau dengan kata lain majis makan malam SMK DMS diadakan di Bayu Beach Resort, Port Dickson. Warga SMK DMS telah dijemput hadir bersama ahli keluarga. Pada sebelah petang sebelum majlis makan malam, acara sukaneka diadakan iaitu pada pukul 3.30 petang. Pada pukul 5.30 petang pula, semua guru disediakan hidangan ringan sebagai tea break. Pada pukul 8.30 malam, barulah bermulanya majlis makan malam. Pertandingan peragaan fesyen kanak-kanak adalah salah satu acara pencuci mata kepada hadirin. Selepas itu, hadirin dijamu makanan yang enak sebagai juadah makan malam. Untuk kemuncak makan malam tersebut, hadiah diberikan berdasarkan beberapa kategori yang telah ditetapkan. Majlis bersurai pada pukul 12 malam.
0 comments:
Post a Comment