Subscribe:

Tuesday, 19 July 2011

Mesyuarat PIBG ke 35

Majlis Anugerah Kecemerlangan   dan Mesyuarat PIBG kali ke 35 SMKDMS telah berlangsung pada 26.3.2011 di Dewan Seri Muhibah.Ianya dipengerusikan oleh Yang Dipetua PIBG, Tn Hj Jamaluddin B Jasit dan dihadiri oleh guru-guru dan ibu bapa pelajar-pelajar SMKDMS.Ianya merupakan majlis tahunan untuk meraikan kecemerlangan  para pelajar dalam peringkat sekolah dan Peperiksaan Awam seperti PMR,SPM dan STPM di samping merungkai pelbagai permasalahan untuk membentuk kecemerlangan para  pelajar menerusi perjumpaan ibu bapa dan guru.Antara agenda yang dibentangkan dalam mesyuarat tersebut adalah pembentangan laporan kewangan, pembubaran Ahli Jawatankuasa 2009/2010 dan perlantikan Ahli Jawatankuasa sesi 2011/2013 serta pembentangan usul ibu bapa dan usul guru. Majlis telah dirasmikan oleh Dato' Velmurugan A/L Suppiah iaitu Pengarah Urusan Global Cargo Service Sdn.Bhd. Dato' Velmurugan telah menderma sebanyak RM11,111,11 kepada SMKDMS.Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Dato' Velmurugan dan keluarga.Semoga rezeki SMKDMS terus melimpah ruah.

0 comments: