Subscribe:

Tuesday, 19 July 2011

Majlis Pelancaran Laman Web SMKDMS dan Minggu Promosi PSS



Majlis Pelancaran Laman Web SMKDMS dan Minggu Promosi PSS telah diadakan di Dewan SMKDMS pada 4.5.2011.Majlis ini bertujuan untuk melancarkan Laman Web sekolah di samping mempromosikan Pusat Sumber Sekolah kepada warga sekolah dan komuniti. Majlis Pelancaran  Laman Web SMKDMS telah dirasmikan oleh YDP PIBG Tn Hj Jamaludin B Jasit. Ahli-ahli PIBG, wakil-wakil Komuniti,wakil -wakil  guru  dari SK Nilai, SK Kuo Min, para pelajar SK Nilai telah memeriahkan majlis tersebut. Selepas
Majlis Pelancaran Laman Web , para jemputan telah dibawa melawat Pusat Akses sekolah. Sepanjang Minggu  Promosi PSS yang berlangsung sehingga 11.5,2011,  berbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan untuk mempromosikan Pusat Sumber Sekolah .Antaranya Pertandingan Karoake, Menulis komik, pertandingan Congkak dan Dam Haji, Kuiz-kuiz Taman Sumber, Jualan dan kuiz Buletin PSS,Pertandingan Power Point, Pertandingan Pusat Sumber Dalam Kelas dan Pameran Buku. Pihak sekolah sangat berharap warga komuniti dapat menjadikan Pusat Akses sekolah sebagai sumber rujukan  ilmu.

0 comments: