Subscribe:

Monday, 18 July 2011

Sambutan Bulan Bahasa SMKDMS bagi tahun 2011

Sambutan Bulan Bahasa SMKDMS akan berlangsung selama sebulan bermula daripada 1 Mac sehingga 31 Mac.Berbagai aktiviti yang menarik akan dilaksanakan selama sebulan untuk memperkukuhkan penggunaan dan penguasaan bahasa dalam kalangan murid-murid.Di samping itu sambutan bulan bahasa diharapkan dapat memperkembangkan bakat dan potensi yang ada dalam diri setiap murid ke tahap maksimum.Sambutan bulan bahasa ini ialah anjuran Bidang Bahasa bersama unit kokurikulum.Majlis perasmian telah diadakan pada 7 Mac 2011.Diharapkan semua warga SMKDMS dapat mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.Antara acara yang dipertandingkan adalah : bercerita, nyanyian lagu puisi, menulis sajak, penghasilan folio, kaligrafi, essay writing, poem recitation, story telling, mind mapping dan banyak lagi.Warga SMKDMS jangan lupa untuk merujuk iklan-iklan yang dipamerkan untuk mengetahui tarikh dan syarat pertandingan.

0 comments: